Wednesday, September 2, 2015

Rawatan Masalah Mata

Glaukoma

Pengenalan

Glaukoma merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik. Saraf optik merupakan laluan yang membawa imej yang dilihat ke otak. Sekiranya tidak dirawat, ianya boleh merosakkan saraf optik secara perlahan-lahan sehingga mengakibatkan kebutaan yang kekal.

Di seluruh dunia, didapati bahawa glaukoma merupakan penyebab kebutaan kedua tertinggi. Dianggarkan terdapat 4.5 juta pesakit menjadi buta disebabkan oleh penyakit glaukoma. Jumlah ini akan meningkat kepada 11.2 juta pada tahun 2020.

Faktor Risiko

Glaukoma boleh menyerang sesiapa sahaja. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa faktor yang berkait rapat dengan peningkatan risiko untuk mengidap glaukoma.
Ini termasuk:
• Faktor usia: semakin meningkat usia, risiko menghidapi glaukoma meningkat.
• Bangsa: Keturunan African dan Cina
• Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi glaukoma
• Tekanan bola mata yang melebihi tahap normal iaitu melebihi 22 mmHg (Hipertensi ocular )
• Rabun jauh (miopia)
• Menghidapi Hipertensi / Darah Tinggi
• Menghidapi Diabetes Mellitus / Kencing  Manis
• Menghidapi ‘Migraine’
• Menggunakan ubat mengandungi steroid secara berterusan (samada topikal mahupun sistemik)

Jenis-jenis Glaukoma

Terdapat 2 jenis glukoma iaitu:
1. Glaukoma Sudut Tertutup
2. Glaukoma Sudut Terbuka

Gejala-gejala Glaukoma

Gejala berbeza mengikut jenis glaukoma.

A. Glaukoma Sudut Tertutup
• Sakit pada bola mata
• Kabur penglihatan mata yang yang
  mengalami glaukoma
• Mata menjadi merah
• Sakit kepala
• Mual dan muntah

Tekanan bola mata yang meningkat
Peningkatan tekanan bola mata terjadi akibat daripada system pengaliran cecair dalam mata tersumbat. Kebanyakan pesakit yang mengidapi glukoma jenis ini mempunyai struktur dalaman mata yang berbeza dari struktur normal.

Doktor mata boleh mengesan struktur yang tidak normal dengan melakukan pemeriksaan mata sebelum berlaku serangan glukoma akut agar rawatan pencegahan dapat dilakukan.

B. Glaukoma Sudut Terbuka

Glaukoma jenis sudut terbuka mengalami gejala kehilangan penglihatan secara perlahan dan tidak sakit yang mungkin tidak disedari oleh pesakit. Oleh itu saringan bagi mengesan glaukoma adalah penting terutama bagi seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi glaukoma.

Selalunya tiada tanda-tanda sehingga glaukoma di tahap yang serius.
Kehilangan penglihatan yang perlahan dan berterusanPengecutan medan penglihatanPeningkatan tekanan bola mataPeningkatan nisbah ‘cup disc’ (menunjukkan kerosakan pada saraf optik)

Ujian Yang Penting Bagi Kes Glaukoma
• Ujian penglihatan
• Menyukat tahap tekanan bola mata
• Ujian medan penglihatan
• Penilaian saraf optik dengan melakukan pemeriksaan funduskopi (pemeriksaan dalam bola mata)


Ubat Homeopati- untuk rawatan mata

1. Eye drops

    i. Cineraria Maritima (rm20.00) - gejala incipent katarak terutama penglihatan kabur dan mata yang lain perasaan seperti kelegapan kornea

    ii. Cineraria Euphrasia (rm20.00)-  jangkitan mata dan kecenderungan untuk opacification kanta mata (katarak) terutamanya dengan kabur penglihatan.

2. Ubat Homeopati (rm50.00) - air mata keluar dgn banyak, gatal2 mata, tahi mata banyak, mata terluka, sakit saraf mata, katarak.

No comments:

Post a Comment