Sunday, August 9, 2015

Biochemic @ Sel Tissue Garam

Biochemic @ Sel Tissue Garam

Biochemistry atau sistem perubatan biokimia tidak jauh bezanya dari perubatan homeopati,malahan ianya dianggap sebagai satu cabang dari homeopati yang mengecilkan skop dan memudahkan pemilihan remedi dari lebih 5000 jenis remedi kepada hanya 12 jenis sahaja. Biochemic sangat jauh berbeza dari kaedah perubatan biasa kerana ia tidak menggunakan ubat-ubat mentah ( crude drug) ataupun ubat-ubat penekan (suppressant).. Sebaliknya ia menggunakan dua belas unsur galian yang seni (inorganik mineral substance) sebagai agen penyembuhanya. Garam galian ini dikenali juga sebagai garam-tisu (tissue salts) ataupun garam-hidup yang mana penemuan semasa (current finding) mendapati ianya amat penting kepada kehidupan, tubuh badan dan kesihatan manusia. 

Mengikut kajian Dr. W.H. Schuessler, tubuh badan manusia mengandungi 12 unsur yang pokok. Kekurangan salah satu daripadanya akan menimbulkan beberapa simptom penyakit yang menunjukkan wujudnya kekurangan yang sedang berlaku di dalam badan. Jika bahan yang kurang itu di bekalkan semula dalam bentuk yang boleh diserap terus oleh sel-sel yang memerlukannya, maka keseimbangan dan keharmonian akan kembali semula dan semboyan-semboyan penyakit akan hilang. Dengan itu barulah wujud semula kesihatan.Dua belas penawar yang ditemui oleh Dr. Schuessler dipanggil 'penawar biochemic’ atau 'garam-tisu' (tissue-salts) atau 'garam-sel' (cell-salts). Ia sama sekali tidak merbahaya dan bukanlah drug. Penawar-penawar itu merupakan sebahagian daripada tubuh badan yang diperlukan dan tujuan ahli biokimia memberinya adalah semata-mata bagi mengisi kekurangan yang sedang berlaku.

12 Penawar Biokimia:

1. Calcarea Flourica 
2. Calcarea Phosphorica
3. Calcarea Sulpburica
4. Ferrum Phosphoricum
5. Kali Muriaticum 
6. Kali Phosphoricum
7. Kali Sulphuricum 
8. Magnesia Phosphorica
9. Natrum Muriaticum 
10. Natrum Phosphoricum
11. Natrum Sulphuricum
12. Silica.

Sel-sel Tisu Dan Penawar

Melalui proses pemecahan atau mempertajam kuasa penawar ini, yang disebut sebagai ‘trituration', maka garam hidup ini amat mudah dan dengan segera boleh masuk ke dalam aliran darah melalui kapilari lidah dan ditarik atau diserap oleh sel-sel tisu yang memerlukannya. Dari penyelidikan telah didapati bahawa sel-sel tisu tertentu akan menarik atau memerlukan garam hidup yang tertentu pula seperti:

1. Sel-sel otak dan saraf menarik 5 Phos. iaitu Ferr. Phos, Kali Phos., Mag. Phos,
Nat. Phos dan Calc phos.
2. Sel-sel otot atau urat pejal (muscle) menarik 5 Phos yang sama dan Kali Mur.
3. Sel-sel tisu menganjal (elastic tissue) menarik Calc. Fluor.
4. Sel-sel tisu penyambung (connective tissue) menarik Silica.
5. Sel-sel tulang rawan (cartilage) dan lendir (mucous) menarik Nat. Mur.
6. Sel-sel tulang menarik Calc. Flour., Mag. Phos., Calc. phos., dan yang banyak
Silica.
7. Sel-sel kulit, kuku, rambut menarik Ferr, Fhos., Kali Sulp., Silica.
8. Sel-sel kanta mata (crystaline lens) menarik Ferr. Phos.

Kesimpulan:

Kepentingan garam tisu kepada manusia boleh diibaratkan seperti pentingnya tanah bagi sepohon pokok. Sebagaimana kita ketahui bahawa tanah yang tidak subur menghasilkan sepohon pokok yang kering dan tidak segar, demikian jugalah darah yang kekurangan bahan mineral akan menghasilkan tubuh yang lemah dan cenderung berpenyakit. Dengan itu, keperluan tubuh juga bergantung kepada bahan-bahan seumpama pokok. Untuk menjadikan pokok itu segar dan berbuah, ia memerlukan air dan baja yang mencukupi. Maka, cara terbaik untuk memulihkan seorang manusia tentulah dengan mengembalikan semula semua garam mineral yang diperlukan oleh darah dan tubuh.

No comments:

Post a Comment