Sunday, March 20, 2016

Stroke, Angin Ahmar

Stroke (strok) atau angin ahmar adalah suatu keadaan di mana sel-sel otak manusia secaratiba-tiba mati kerana kekurangan oksigen. Stroke boleh disebabkan oleh halangan aliran darah atau akibat pecah arteri yang membekalkan oksigen ke otak. Akibatnya seseorang itu tiba-tiba boleh hilang keupayaan untuk bercakap,mungkin ada masalah memori atau hilang ingatan atau salah satu sisi badannya menjadi lumpuh.

Faktor-faktor risiko atau antara penyebab/punca masalah stroke adalah seperti berikut:

1. Faktor usia - semakin tua usia semakin tinggi resiko mendapat stroke.

2. Sejarah dan latar belakang keluarga yang mempunyai stroke.

3. Berpenyakit tekanan darah tinggi

4. Kandungan kolesterol tubuh yang tinggi.

5. Kuat merokok terutamanya perokok tegar.

6. Berpenyakit diabetes / kencing manis.

7. Obesiti atau berat badan berlebihan.

9. Mengalami strok ringan sebelumnya atau serangan iskemia sementara (TIA).

10. Tingginya kadar homosistein (sejenis asid amino di dalamdarah)

11. Penagih atau penggunaan alkohol yang tinggi.

12. Kemurungan dimana wanita pertengahan umur dengan kemurungan klinikal mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat stroke.

.

2 JENIS STROKE UTAMA

.

A.Stroke Iskemia

Stroke iskemia mencakupi kira-kira 87% daripada semua strokdan berlaku apabila darah beku, atau bentuk trombus yang menghalang alirandarah ke sebahagian otak. Jika gumpalan darah terbentuk di suatu tempat di badan danterdiam untuk menjadi bebas terapung, ia dipanggil embolus. Darah bekuberkeliaran ini boleh dibawa melalui aliran darah untuk ke otak di mana ia bolehmenyebabkan stroke iskemia.

.

B. Stroke Pendarahan

Strok pendarahan berlaku apabila saluran darah di dalam otak pecah dan mengisi ruang antara otak dan tengkorak dengan darah (pendarahansubaraknoid) atau apabila arteri yang rosak di otak pecah dan mengisi tisusekitarnya dengan darah (pendarahan otak).

TANDA TANDA STROKE ATAU ANGIN AHMAR

1. Wajah melabuh - satu sisi muka terasa berat muka atau kurang deria rasa. Minta orang berkenaan senyum orang yang tersenyum dan jika senyuman itu tidak sekata atau seimbang, menandakan ia mempnuyai stroke.

2. Lemah anggota tangan - Salah satu tangan rasa lemah atau kebas. Mintaorang tersebut untuk mengangkat kedua-dua tangan. Jika salah satu tangannya tidak terangkat atau sebahagian saja dapat digerakkan, berarti orang berkenaan mempunyai stoke.

3. Sukar bertutur - pertuturannya mungkin tidak jelas.

4. Mengalami kekeliruan secara tiba-tiba dan sukar memahami sesuatu perkara.
5. Kebas kaki, tangan atau muka secara tiba tiba.
6. Menghadapi masalah penglihatan atau tidak dapat melihat secara tiba tiba samada sebelah atau kedua belah mata.
7. Hadapai masalah untuk berjalan, pening dan hilang keseimbangan secara tiba tiba.
8. Sakit kepala melampau secara tiba tiba tanpa sebab diketahui.


RAWATAN KECEMASAN

Strok Iskemia

Langkah akan diambil untuk menstabilkan tanda-tanda penting pesakit, termasuk memberi pesakit ubat-ubatan. Pesakit akan didiagnosis dan mungkin akan diberi ubatm elarutkan bekuan dipanggiltisu pengaktif plasminogen (t-PA), yang boleh meningkatkan peluang pesakit untukpemulihan. Pesakit juga boleh diberi aspirin atau lain ubatantiplatelet. Dalam beberapa kes, darah beku yang menyebabkangejala-gejala dikeluarkan dengan peranti perubatan (bukan dibubarkan denganubat).

Strok Pendarahan

Rawatan termasuk usaha-usaha untuk mengawal pendarahan,mengurangkan tekanan di dalam otak, dan menstabilkan tanda-tanda penting,terutama tekanan darah. Pesakit akan dipantau dengan teliti bagi tanda-tandapeningkatan tekanan pada otak. Tanda-tanda termasuk kegelisahan, kebingungan,masalah berikut perintah, dan sakit kepala. Langkah-langkah lain akan diambiluntuk menjaga pesakit bagi mencegah batuk berlebihan, muntah-muntah, ataumengangkat, atau meneran untuk buang air besar atau berubah kedudukan.

Jika pendarahan ini disebabkan oleh aneurisme otak pecah,pembedahan untuk memperbaiki aneurisma boleh dilakukan. Dalam beberapa kes, ubat-ubatan boleh diberikan untukmengawal tekanan darah, bengkak otak, tahap gula dalam darah, demam dan kejang.

Jika sejumlah besar pendarahan telah berlaku dan gejaladengan cepat semakin teruk, pesakit mungkin memerlukan pembedahan untukmengeluarkan darah yang telah terbentuk di dalam otak dan untuk tekanan yanglebih rendah di dalam kepala.


PENCEGAHAN STROKE BERULANG

Rawatan juga akan memberi tumpuan kepada mencegah stroke berulang serta mengelak stroke lain berlaku.

1. Mengurangkan tekanan darah tinggi, faktor risiko yang palingbiasa bagi stroke, dengan membuat perubahan kepada diet pesakit dan mengambilubat-ubatan yang merendahkan tekanan darah.

2. Mengambil aspirin atau lain ubat antiplatelet untuk mencegahstroke.

3. Mengawal kencing manis. Doktor akan menasihatkan pesakit untuk cuba untuk memelihara kadar gula dalam darah dalam julat sasaran.Untuk melakukan ini, pesakit mungkin perlu mengambil ubat-ubatan oral atauinsulin. Diet yang sihat dan banyak latihan juga akan membantu.

4. Mendapatkan suntikan selesema setiap tahun untuk membantu pesakit menghindari sakit dari flu.

5. Pesakit juga mungkin perlu membuat perubahan gaya hidup sepertiberhenti merokok, makan makanan sihat jantung, dan menjadi lebih aktif.


Wednesday, March 16, 2016

CYST / FIBROID

CYSTS / FIBROID

Secara anatominya, sistem reproduktif WANITA terdiri dari :

*  Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
*  Kilang telur = Ovari.

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Cyst adalah sejenis ketumbuhan. Ia bukan kanser kerana cyst tidak merebak secara merbahaya. Ketumbuhan ini membesar secara perlahan lahan tanpa merebak ke tempat lain seperti paru paru dan hati.

Cyst sebenarnya adalah poket/bola/kelompong nipis yang mengandungi air/bendalir dan apabila ia berada dalam ovari, ia dipanggil ovarian cyst. Kelompong ini pada asalnya adalah normal bagi wanita kerana mengandungi telur/ovum.

Namun, apabil kelompong ini tidak menetas apabila sudah matang dan tidak mengeluarkan telur untuk disenyawakan, sebaliknya membesar melebihi saiz 2cm, maka ia dinamakan ovarian cyst. Saiznya boleh bertambah selagi ianya tidak menetas dan boleh menjadi seperti saiz biji kacang atau sebesar buah tembikai.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. 
(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku.

Antara 4 Faktor Utama adalah  :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.

Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.

4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah sebenarnya. Ini sangat penting jika anda telah di diagnosis mempunyai  fibroid atau cyst. Antara langkah yang dapat membantu adalah :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas , salt, kafein dan alkohol.
2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
4. Kawal berat badan
5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif.
6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.


Homeopati membantu merawat Cysts secara naturally tanpa kos mahal & pembedahan:

Here are just some remedies your homeopath may consider.

In some instances women experience pain that alternates sides with each cycle. Two remedies that may be of use in this type of situation are Colocynthis, if there is a strong desire to bend double to ease the pain or Lac caninum if there are other factors that point to it as a remedy, for example symptoms in the breasts and throat.

If the pain is always right-sided two remedies that may be considered are Apis, which often has a stinging type of pain and Podophyllum, where the pain may be accompanied by an explosive kind of diarrhea.

As with any case your homeopath will not just consider the ovarian cyst in isolation, but will marry together all of the other aspects of your case, including emotional factors, to get the very best remedy for you.

You developed a painful ovarian cyst after you had a sexual encounter that you felt very guilty about? Then the remedy might be Kali-bromatum. You have a cyst and you also experience overwhelming jealousy about your partner and can't bear to have anything tight-fitting at your throat? Then the remedy could be Lachesis. Perhaps, there was a past history of gonorrhea and you have had a very poor memory since the cyst developed? This would indicate a remedy called Medhorrinum.

Every factor is a vital clue, so remember to be open and honest with your homeopath so they have all the pieces of the puzzle, even if it is information that feels personal and you may not normally wish to share.


Friday, March 11, 2016

PERUT BUNCIT


Masalah perut buncit tidak mengira jantina – ia boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Bagaimanapun, kebanyakan wanita mempunyai bentuk badan ‘buah pir’ di mana pengumpulan lemak lebih tertumpu pada pinggul dan paha.

Malah, wanita yang lebih sensitif terhadap penampilan akan berusaha mengekalkan bentuk badan. Baik lelaki atau wanita, berperut buncit bukan perkara membanggakan. Namun apabila usia meningkat, usaha mengurangkan lemak di pinggang dan menurunkan berat badan biasanya payah dan mengambil masa lebih lama.

Bagi wanita, pengumpulan lemak pada pinggang biasanya lebih ketara dengan peningkatan usia, terutama selepas menopaus. Selepas menopaus, lokasi pengumpulan lemak berpindah daripada di bawah lengan, paha dan pinggul ke pinggang.

Berita baiknya, tidak kira apa pun bentuk badan, apabila anda bersenam secara teratur dan menjaga pemakanan, bahagian paling cepat susut dan hilang ialah lemak di pinggang. Lemak pada bahagian lain akan menyusul kemudian

Mengapa perlu hilangkan lemak di pinggang?

 Lemak di pinggang atau kegemukan sentral (tengah) adalah petanda kurang baik kerana ia boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Lemak ini dipanggil lemak viseral. Cuba cubit lemak di pinggang anda. Lemak yang boleh dipegang ini di namakan lemak subkutaneus iaitu lemak di bawah kulit. Lemak viseral ialah lemak yang kita tidak dapat lihat; yang terkumpul di keliling organ.

Orang gemuk biasanya mempunyai banyak lemak yang mengisi ruang di antara dan mengelilingi organ. Ia perlu ‘dihilangkan’ kerana boleh menjejaskan fungsi organ dan dalam kes serius, ia menyebabkan organ gagal berfungsi.

Lemak viseral ada di lapisan lebih dalam, tetapi ia lebih mudah dibakar berbanding lemak subkutaneus melalui senaman, kata pensyarah pemakanan Universiti Penn State, Dr Penny Kris Etherton.

Lemak viseral dikaitkan dengan masalah kolesterol tinggi, trigliserida tinggi, tekanan darah tinggi dan terlalu banyak insulin. Pakar perubatan juga menggelarnya ‘lemak pembunuh’.

Lemak di pinggang lebih berbahaya berbanding tempat lain. Lemak viseral meningkatkan risiko untuk mendapat:

Penyakit jantungKencing manisSindrom metabolikMasalah pundi kencingTekanan darah tinggiKanser ususMerangsang keradanganDikaitkan dengan proses pengerasan salur darah (menyebabkan lebih mudah mengalami masalah jantung)

Penyelidik mendapati sel lemak di pinggang adalah sel aktif. Ia boleh menghasilkan hormon dan bahan lain yang boleh menjejaskan kesihatan.Contohnya, ada sel menghasilkan hormon yang merangsang masalah kerintangan terhadap insulin (menyebabkan sel tidak sensitif kepada insulin yang bertugas mengangkut gula dari darah ke dalam sel).

Ada pula sel lemak menghasilkan hormon estrogen yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Bagaimanapun, penyelidik masih mencari jawapan bagaimana hormon berlebihan ini boleh menjejaskan kesihatan tetapi yang pasti, berlebihan sel lemak di pinggang mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.

Mungkin ada yang terfikir untuk menjalani proses sedut lemak. Menurut Perunding Pembedahan Plastik dan Kosmetik Pusat Perubatan Sime Darby, Dr Lim Chai Leng, proses ini hanya untuk membuang lemak subkutaneus di bawah kulit dan bukan lemak viseral. Lemak viseral masih tetap ada dan hanya hilang melalui senaman.

Menurut Perunding Kanan Endokrinologi, Universiti Malaya, Profesor Dr SP Chan, tahap kesihatan seseorang tidak akan berubah dengan pembedahan sedut lemak kerana ia hanya untuk tujuan kosmetik supaya nampak cantik.Untuk meningkatkan tahap kesihatan, seseorang itu perlu bersenam dan menjaga pemakanan, terutama bagi individu yang berisiko tinggi mendapat kencing manis seperti mempunyai ahli keluarga menghidap penyakit berkenaan.

Siapa yang berisiko mengalami masalah ini?

Seseorang itu dikatakan mempunyai simpanan lemak viseral jika ukuran pinggangnya melebihi 98 sentimeter (40 inci) bagi lelaki dan 83 sentimeter (33 inci) bagi wanita.Walaupun orang yang gemuk dan obes mempunyai lebih banyak lemak viseral, tidak bermakna individu dengan berat badan normal tidak mengalami masalah ini. Ada ramai orang yang tidak gemuk tetapi berperut buncit. Kajian menunjukkan lelaki dan wanita berusia 70 tahun ke atas dengan berat badan normal tetapi mempunyai banyak lemak viseral berisiko tinggi mendapat kencing manis.Walaupun kajian itu ke atas warga tua, ia juga boleh dijadikan peringatan kerana kini ramai golongan muda menghidap kencing manis.

Cara terbaik untuk mengurangkan lemak di pinggang ialah:

* Bersenam – Senaman aerobik seperti berjalan cepat, menari, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau berenang boleh membantu membakar lemak di pinggang dengan cepat. Untuk lebih berkesan, lakukan senaman lima kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 60 minit setiap sesi.Lebih lama dan bersungguh-sungguh anda bersenam, lebih banyak lemak di pinggang akan hilang. Senaman yang tertumpu pada bahagian tertentu tidak akan membantu. Senaman ini perlu mampu meningkatkan degupan jantung anda.Kajian Pusat Kanser Fred Hutchinson di Seattle menunjukkan wanita gemuk yang bersenam secara teratur boleh mengurangkan antara 3.4 peratus hingga 6.9 peratus lemak viseral (bergantung kepada kelasakan senaman) tanpa mengubah pemakanan mereka dengan penurunan berat badan sebanyak dua kilogram. Lebih cergas senaman dilakukan, lebih banyak lemak viseral dapat dihilangkan.

* Makan makanan mengandungi banyak serat. Serat bukan saja membuat anda cepat kenyang, tetapi kenyang lebih lama. Ia akan mengurangkan pengambilan makanan berlebihan. Elak makanan ringan dan banyak lemak.

* Dapatkan tidur secukupnya. Tidur terlalu sedikit (kurang enam jam) atau terlalu banyak (lebih lapan jam) menyebabkan badan menghasilkan berlebihan hormon tekanan, kortisol. Hormon ini merangsang penyimpanan lemak di pinggang.Belajar mengawal tekanan melalui pelbagai pendekatan, termasuk bersenam. Ia dapat mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang sekali gus membantu memudahkan anda mengatasi masalah kegemukan secara keseluruhan.

Bagaimana perubatan Homeopati membantu dalam rawatan Obesiti & perut buncit.

1. Phytolacca Americana
2. Calcarea Carb

Saturday, March 5, 2016

Penjagaan Kidney

Tips penjagaan makanan untuk menjaga buah pinggang adalah seperti berikut:

* Minuman kosong yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi

* Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

* Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana
* Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
* Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi
* Elakkan memakan makanan rapu/jajan/ringan.
* Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
* Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.
* Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
* Elakkan chokolat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.
* Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
* Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
* Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
* Elakkan tembikai dan tembikai susu
* Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
* Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
* Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderm.
* Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
* Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
* Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
* Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
* Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
* Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
* Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
* Elakkan jering, petai dan kerdas
* Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit, boleh gantikan dengan minyak zaitun
* Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer.
* Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
* Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
* Elakkan sayuran jeruk
* Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
* Elakkan telur masinElakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
* Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England
* Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
* Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
* Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
* Kurangkan makanan bersantan
* Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

* Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing.
* Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
* Makan peria dan peria katak
* Amalkan sayur Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
* Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
* Minyak jagung
* Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga
* Delima
* Epal hijau 2 biji seminggu
* Burung seperti burung puyuh dan merpatiDaging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
* Garam kasar menggantikan garam halus
* Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
* Makan lebih banyak sayur-sayur

Khasiat Gum Arabic  dalam merawat Buah Pinggang.

Apakah pula al-Manna? Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud Getah Arab atau bahasa Inggerisnya Gum Arabic. Ia dikatakan menjadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat

Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata. Ajwa (kurma) dari syurga dan ia ubat dari syurga (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah. Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain.

Gum Arabic atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya, ia juga dapat memulihkan dan menjaga buah pinggang daripada rosak atau semakin rosak akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi dan bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama. Ia dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang sepenuhnya.

Gum Arabic juga sangat baik sebagai prebiotik dan dikatakan ia lebih baik daripada inulin. Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, mengawal sakit gout, sembelit, buasir dan mengatasi masalah asid urik berlebihan dan lain-lain manfaat untuk kesihatan dengan izi Allah Ta'ala.

Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996) dalam American Journal of Clinical Nutrition, melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan uraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.


Khasiat DELIMA merawat Kidney

Delima membantu untuk menghilangkan obesiti lemak, dan mengurangkan kebarangkalian pertumbuhan sel-sel adipos di perut mereka, dan membantu mengurangkan itu asid lemak dalam darah, yang dikenali sebagai yang “Neva”, dan merendahkan tekanan darah, yang menghalang strok, serangan jantung, strok dan penyakit buah pinggang.

Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit