Sunday, August 9, 2015

Homeopati

Bagaimana Ubat Homeopati dihasilkan?

Ubat homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti tumbuhan, haiwan, mineral galian, dan alam sekitar, namun demikian teknik pemprosesannya yang dipanggil potentisation 
membezakannya dari perubatan lain. melalui teknik ini sumber alam dicairkan sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi unsur racun, malahan unsur asalnya juga hilang. Namun unsur penawar dan penyembuh yang terdapat didalamnya sebaliknya menjadi semakin kuat, kerana itu homeopati diiktiraf sebagai sistem perubatan yang paling selamat dan berkesan.

Boleh diambil oleh semua golongan.

Bagaimana Ubat Homeopati Berfungsi?

Ubat homeopati bertindak keatas tubuh manusia secara rangsangan fisiologi. Ubat dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil secara oral, suntikan mahupun sapuan kulit akan menghantar rangsangan kepadasistem saraf pusat (C.N.S) dan otak lalu merangsang sistem tubuh keseluruhannya hingga keperingkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem penghadaman & pengkumuhan dan lain-lain untuk mengaktifkan fungsi masing-masing disamping membuang toksin(detoksifikasi) dari tubuh melalui sistem perkumuhan dan kulit. Pada ketika inilah terjadi tindakbalas (healing crysis dan agravasi) yang kurang selesa terhadap tubuh badan.Oleh itu pesakit digalakkan makan banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan disamping minum air kosong dengan banyak utk mempercepatkan proses detoksifikasi. Setelah itu maka proses pembaikan dan penyembuhan akan lebih cepat berjalan.Terdapat lebih 5000 penawar homeopati yang berbeza dari segi sumber,karakter dan sifat penyembuhannya, namun demikian pengalaman dan kepakaran seseorang pengamal atau doktor homeopati dalam memilih penawar seraksi yang paling tepat untuk seseorang pesakit, mampu menentukan cepatnya proses penyembuhan tersebut.

Apakah Ubat Homeopati mempunyai kesan sampingan?

Ubat homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal antarabangsa dan diperakui tidak merbahaya dan tidak punyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walaubagaianapun terdapat sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis) menandakan proses pembuangan toksin (detoksifikasi), pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.

Adakah ubat homeopati juga dikategorikan sebagai racun oleh undang2 akta racun 1952.

  Sistem perubatan ini tidak gunakan bahan aktif berbahaya walaupun sedikit, ia hanya pil laktosa @ sukrosa yang menyimpan gelombang berfungsi merangsang tubuh untuk rawat diri sendiri. Hanya mother tinture (Ibu Ubat) shj yg terdapat sedikit bahan aktif, walaubagaimanapun jenis ini tidak dijual disini atau kpd sebarang orang kecuali preskripsi pengamal.


Memahami homeopathy daripada aspek imunologi

Homeopathy bertujuan merangsang daya penyembuhan semulajadi tubuh dengan menggunakan penawar homeopathy yang telah melalui proses dinamisasi apabila ‘kuasa hayat’ atau ‘tenaga hidup’ tidak lagi mampu untuk melawan penyakit dengan sendiri. Dalam erti kata lain, ia merangsang pengaktifan sistem rawatan dalaman tubuh badan yang juga dikenali sebagai sistem imunisasi tubuh termasuk jalinan neuroendokrin di sekitarnya.


Maklumat penting berkaitan penawar homeopathy

– Kebanyakan sumber ubat berasaskan bahan-bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan (seluruh atau sebahagian), unsur haiwan (lebah madu, susu lembu dll.), bahan kimia organik dan bukan organik (asid asetik, natrium klorida, dll.), dan sebagainya.

– Penawar yang digunakan telah diuji secara teliti ke atas tubuh manusia yang sihat agar kesan tindakannya yang asli dan secara langsung boleh disenaraikan.

– Penawar yang menghasilkan tindakbalas serupa di dalam tubuh yang sihat akan menyebabkan reaksi yang lebih kuat dalam tubuh pesakit berbanding pengaruh patologi daripada penyakit yang dihidapi itu sendiri.

– Penyakit perlu dikaji secara keseluruhan (bukan hanya pada symptom atau kesan patologi yang dipamerkan) untukmemastikan akan berlakunya komunikasi antara kedua-dua unsur iaitu penyakit dan penawar.

– Pemilihan penawar mestilah berdasarkan kepada kumpulan symptom individu yang menggabungkan kedua-dua aspek mental dan fizikal dan bukannya berdasarkan nama penyakit yang dihidapi.

– Penawar mesti digunakan dalam dos minimum yang efektif disesuaikan mengikut tahap sensitivity individu tersebut.


Peranan homeopathy dalam penjagaan kesihatan

– Penyakit kronik – Homeopathy merupakan salah satu sistem rawatan terbaik yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kronik yang berpunca samada daripada keturunan ataupun yang dihidapi berikutan kemerosotan kuasa dalaman yang disebabkan oleh jangkitan berunsur dinamik yang di panggil ‘miasm’. Kebanyakan penyakit kronik utama yang dihidapi seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit auto-immune, penyakit neoplasia, penyakit kulit dll. adalah kesan evolusi miasm kronik yang telah bertapak lama di dalam sistem badan individu tersebut dan mengakibatkan kemerosotan ‘kuasa hayat’ sehingga tidak mampu lagi berfungsi secara sendiri untuk mengembalikan kesihatan seperti asalnya.

– Penyakit akiut – Dalam kes serangan akiut homeopathy bertujuan membantu mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan kesembuhan, juga melegakan dan memendekkan tempoh penderitaan ketika berlakunya serangan wabak seperti cholera and denggi, atau penyakit berjangkit seperti chicken pox, demam campak dan sebagainya.

– Kecederaan, kemalangan, rawatan sebelum dan selepas pembedahan – Homeopathy mempunyai kumpulan ubat yang pelbagai bagi rawatan kecederaan mengikut kategori berbeza iaitu kecederaan otot, tendon, sendi, rawan, tulang, saraf, dan sebagainya. Antara ubat yang biasa digunakan adalah seperti Arnica, Calendula, Echinacea, Hypericum, dan lain-lain. Ubat-ubat ini sememangnya dikenali berkesan sebagai antiseptic yang sangat baik untuk rawatan luka, mengurangkan risiko masalah kesihatan akibat kecederaan, juga dalam rawatan mengatasi tekanan selepas pembedahan (PTSD).

– Rawatan ketika mengandung – Ubat homeopathy yang diberikan kepada wanita mengandung adalah dalam dos yang minimum yang bertindak secara lembut dan selamat. Ramai pesakit yang menggunakan rawatan homeopathy di sepanjang tempoh kehamilan sehingga waktu bersalin dan dalam tempoh berpantang.

– Kesihatan kanak-kanak – Kanak-kanak selalunya memberi respon yang baik kepada rawatan homeopathy kerana penyakit mereka adalah kurang kompleks berbanding dengan orang dewasa. Kanak-kanak biasanya mempamerkan simptom yang lebih jelas sekaligus memudahkan proses pemilihan ubat yang tepat.


Penyakit Kronik

Untuk penyakit kronik yang tidak mengancam nyawa pula, yang disebabkan oleh fungsi badan yang tidak optima dengan penyebabnya terdiri dari :

 1.Kelemahan genetik

2. Gaya hidup

 3. Alam sekitar

 4. Kimia ( inorganik) dan toksin organik

5. Pemakanan tak seimbang /beracun

6. Trauma pada emosi

7. Trauma pada badan


Penyembuhan alamilah yang wajar dicari untuk merawat .

Dengan penyembuhan alami beberapa fenomena mungkin berlaku :

1. Healing crisis : Sebagai contoh, bagi yang ada masaalah usus, mikrobiota dalam usus tidak optima, banyak patogen dari bakteria baik dan bila mengambil prebiotic atau probiotic reaksi awal adalah ceret beret dan berak berlendir . Ini disebabkan rombakkan yang dilakukan dalam usus apabila populasi bakteria baik meningkat dan bakteria dan kulat patogen mula mati mengeluarkan bahan buangan yang banyak. Reaksi healing crisis perlu dibezakan dengan allergi /tidak serasi kepada pro atau prebiotic .

2. Keluar ruam, bisul, kudis dikulit apabila penyakit dalaman dirawat . Contohnya pesakit ada lelah dan bila dirawat lelah kurang kudis naik. Keadaan ini perlu ditangani dengan baik sebab jika merebak adalah bahaya. Kudis tidak sepatutnya merebak sehingga tahap bahaya .

3. Penyakit sembuh, penyakit lama datang semula . Ini mengikut arah penyembuhan dan rawatan perlu disemak ( review ) serta bahan pengubatan disesuaikan semula dengan gejala dan semboyan terkini .

4. Penyakit baik dibahagian atas dan timbul pula dibahagian bawah. Ini juga adalah arah penyembuhan yang betul .

5. Pesakit yang pendam perasaan bertukar menjadi pemarah ( ini adalah reaksi badan mengeluarkan punca penyakit yang selama ini dipendam )

6. Emosi bertukar menjadi tenang dan wujud perasaan positif dan tenaga bertambah


Rawatan salah arah bila berlaku perkara begini

1. Timbul penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini : untuk rawatan homeopathy ini bererti ubat diberi terlalu lama dan diulang terlalu kerap atau ubat diberi secara komplex ( banyak ubat sekaligus )

2. Penyakit kulit sembuh tapi datang penyakit jantung atau sendi ( arah penyembuhan songsang)

3. Untuk kes eczema yang ada dikaki , yang dikaki baik naik semula dimuka dan badan ( arah penyembuhan songsang )

4. Penyakit fisikal baik tapi timbul murung, tak selera makan dan letih badan : petanda bahawa ubat sebenar tidak sembuhkan tapi hanya melenyapkan simptom sakit ( suppression of symptoms )

No comments:

Post a Comment