Saturday, March 5, 2016

Penjagaan Kidney

Tips penjagaan makanan untuk menjaga buah pinggang adalah seperti berikut:

* Minuman kosong yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi

* Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

* Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana
* Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
* Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi
* Elakkan memakan makanan rapu/jajan/ringan.
* Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
* Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.
* Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
* Elakkan chokolat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.
* Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
* Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
* Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
* Elakkan tembikai dan tembikai susu
* Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
* Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
* Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderm.
* Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
* Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
* Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
* Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
* Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
* Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
* Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
* Elakkan jering, petai dan kerdas
* Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit, boleh gantikan dengan minyak zaitun
* Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer.
* Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
* Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
* Elakkan sayuran jeruk
* Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
* Elakkan telur masinElakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
* Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England
* Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
* Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
* Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
* Kurangkan makanan bersantan
* Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

* Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing.
* Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
* Makan peria dan peria katak
* Amalkan sayur Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
* Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
* Minyak jagung
* Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga
* Delima
* Epal hijau 2 biji seminggu
* Burung seperti burung puyuh dan merpatiDaging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
* Garam kasar menggantikan garam halus
* Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
* Makan lebih banyak sayur-sayur

Khasiat Gum Arabic  dalam merawat Buah Pinggang.

Apakah pula al-Manna? Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud Getah Arab atau bahasa Inggerisnya Gum Arabic. Ia dikatakan menjadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat

Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata. Ajwa (kurma) dari syurga dan ia ubat dari syurga (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah. Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain.

Gum Arabic atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya, ia juga dapat memulihkan dan menjaga buah pinggang daripada rosak atau semakin rosak akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi dan bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama. Ia dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang sepenuhnya.

Gum Arabic juga sangat baik sebagai prebiotik dan dikatakan ia lebih baik daripada inulin. Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, mengawal sakit gout, sembelit, buasir dan mengatasi masalah asid urik berlebihan dan lain-lain manfaat untuk kesihatan dengan izi Allah Ta'ala.

Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996) dalam American Journal of Clinical Nutrition, melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan uraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.


Khasiat DELIMA merawat Kidney

Delima membantu untuk menghilangkan obesiti lemak, dan mengurangkan kebarangkalian pertumbuhan sel-sel adipos di perut mereka, dan membantu mengurangkan itu asid lemak dalam darah, yang dikenali sebagai yang “Neva”, dan merendahkan tekanan darah, yang menghalang strok, serangan jantung, strok dan penyakit buah pinggang.

Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit




No comments:

Post a Comment